MALAYSIA BAKAL JADI NEGARA PERTAMA HASILKAN GRAPHENE

    Assalamualaikum semua, harini saya nak kongsi satu berita sensasi dan boleh dikatakan berita gembira jugalah kepada Pengusaha Kelapa Sawit di Malaysia. KENAPA? TENGOK TAJUK DIATAS, APA KAITAN GRAPHENE DENGAN KELAPA SAWIT?

Okay, sebelum itu mari saya ceritakan apa itu GRAPHENE

    Memetik satu post dari https://www.ummahtoday.com.my/malaysia-bakal-jadi-negara-pertama-hasilkan-graphene/ 


    Pada tahun 2004, satu penyelidikan telah dijalankan oleh dua penyelidik Universiti ManchesterAndre Geim dan Kostya Novoselov berkaitan penghasilan Graphene yang berjaya menemukan cara mudah menghasilkan bahan tersebut.


    Menurut laman web Graphene.info, Graphene adalah blok binaan grafit dan satu karbon setebal satu atom yang tersusun dalam bentuk hexagon. Lebih menarik, produk ini  boleh dihasilkan menggunakan sisa isirong kelapa sawit.

    Malaysia yang kaya dengan ladang kelapa sawit mampu menjadi negara pertama yang  menghasilkan Graphene secara besar-besaran, iaitu satu bahan yang dikatakan 200 kali ganda lebih kuat daripada logam walaupun bersifat nipis.


    Setakat ini, 30,000 tan sisa isirong sawit kering boleh menghasilkan 60 tan Graphene setiap tahun. Sekiranya semua proses berjalan lancar, Malaysia bukan sahaja bakal menjadi negara pertama yang menghasilkan bahan ini, malah berupaya mengeluarkan Graphene dalam skala besar.

    Pelbagai pengaplikasian Graphene dalam teknologi sedang dibangunkan buat masa ini dan antara yang terawal adalah dalam penghasilan skrin telefon bimbit, bateri, kereta elektrik, dakwat, bahan komposit dan penapisan.

    Kesimpulannya, pengusaha kelapa sawit di Malaysia boleh tersenyum lebar kerana bukan sahaja tandan sawit ada harga, sisa sawit pun ada nilai sekarang. Saya percaya industri Kelapa Sawit di Malaysia akan terus meningkat dan berkembang maju. 

Comments