3 PENYAKIT MERBAHAYA PADA KELAPA SAWIT

    Assalamualaikum semua. hari ini saya nak kongsi dan ceritakan 3 jenis penyakit yang merbahaya dan seringkali menjadi mimpi buruk kepada pengusaha sawit terutamanya di Asia Tenggara. Penyakit-penyakit ini memberikan kesan yang buruk kepada pokok sawit sehingga boleh menyebabkan kematian kepada pokok. Ancaman penyakit boleh menyebabkan penurunan dari segi kualiti buah kelapa sawit itu sendiri bahkan kemerosotan kadar pengeluarannya juga turut terjejas.

  1. REPUT PANGKAL BATANG (Basal Stem Rot)
  • Penyakit yang serius dan sering melanda tanaman kelapa sawit terutama di Malaysia dan Indonesia. 
  • Penyakit BSR juga merupakan sejenis penyakit yang mudah berjangkit dan bersifat parasit pada akar dan pohon.
  • Disebabkan oleh kulat Ganoderma. (Ganoderma boninense, Ganoderma zonatum, Ganoderma miniatocinctum, Ganoderma tornatum).
  • Serangan: Bermula dari pelepah tua. Pelepah yang mati akan mereput dan terkulai membentuk seperti penutup dikeliling batang. Semua pelepah akan mati apabila batang reput.
  • Peringkat awal kulat berwarna putih yang akan berubah menjadi warna perang berkilat dibahagian atas.
  • Tanda-tanda: kemunculan Ganoderma pada batang pokok (fruiting body).
  • Kesan: Pucuk tidak berkembang atau tidak terbuka, akhirnya menjadi perang dan mati. Penurunan pengeluaran hasil tanaman.

2. REPUT PANGKAL ARANG (Charcoal Stem Rot)

  • Berpunca daripada kulat Ustulina spp.
  • Tanda-tanda: – Daun; satu sisi menguning (chlorotic).Tisu batang; reput pada batang basal, bertukar menjadi warna hitam seperti warna arang batu.
  • Kesan: Kematian pokok.

3. PENYAKIT JEMBALA (Crown Disease)

  • Penyakit ini mudah dikesan bila terdapat pelepah dan daun patah di bahagian tengah serta menjadi busuk. Pada peringkat akhir serangan, pelepah dan pucuk yang patah berbentuk mahkota (crown).
  • Tidak diketahui puncanya. Penyelidik beranggapan ianya berpunca daripada masalah genetik atau faktor fisiologi.
  • Tanda-tanda: Daun membongkok ke bawah di tengah-tengah, (leaflet) tidak hadir atau kecil.
  • Kesan: Pertumbuhan pokok terbantut, Kurang hasil pada peringkat awal.




Comments