Assalamualaikum semua. hari ini haziq nak kongsikan berita gembira untuk pengusaha sawit. Tahukah semua, Agrobank ada menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pengusaha sawit kecil? iyaa, mari saya kongsikan.
Tanaman Semula Kelapa Sawit-i (SAWIT-i)
SAWIT-i adalah kemudahan pembiayaan kepada pekebun-pekebun kecil yang terlibat dalam tanaman kelapa sawit berskala kecil. Pelaksanaan produk ini adalah berdasarkan transaksi Tawarruq.
KEMUDAHAN PEMBIAYAAN UNTUK:
- Penanaman Semula
- Penambahan Kawasan Tanaman Sedia Ada
Produk ini menawarkan kemudahan pembiayaan dengan ciri-ciri berikut. Sebagai contoh:
| Jumlah Pembiayaan | RM 50,000 |
| Tempoh Pembiayaan | 10 tahun atau 120 bulan |
| Kadar Keuntungan | *9.00% setahun atas baki bulanan |
KELEBIHAN
- Kadar pembiayaan yang menarik dan berdaya saing.
- Pemprosesan dan kelulusan pembiayaan yang cepat.
- Proses pengeluaran pembiayaan yang cepat
KRITEA YANG DIPERLUKAN
- Pekebun kecil individu.
- Organisasi Industri Kelapa Sawit atau agensi-agensi kerajaan yang menguruskan pekebun kecil.
- Syarikat yang mempunyai modal berbayar kurang dari RM2.5 juta.
Untuk lebih lanjut, korang semua boleh layari laman web Agrobank.net ataupun terus tekan link tersebut:
Comments
Post a Comment