APAKAH ITU NANOTEKNOLOGI?
Nanoteknologi digambarkan sebagai bahan dan sistem yang bekerja pada skala yang lebih kecil daripada 100 nanometer. Nanoteknologi telah mendapat banyak perhatian sejak beberapa tahun yang lepas kerana mempunyai kegunaan di dalam pelbagai bidang seperti farmaseutikal, elektronik, pemprosesan makanan dan pertanian.
NANOTEKNOLOGI DALAM PERTANIAN.
Nanoteknologi dalam pertanian seperti baja nano dan racun perosak nano berfungsi sebagai pengawalan produk dan aras nutrien tanaman tanpa menyebabkan pencemaran tanah dan air serta memberikan perlindungan daripada haiwan perosak dan penyakit mikrob. Partikel nano logam oksida seperti , CuO and ZnO telah diterokai secara meluas kerana kemampuannya untuk melindungi tumbuhan daripada infestasi patogen.
Kajian lain menunjukkan nanopartikel zink oksida boleh digunakan sebagai baja nano, membantu fotosintesis dengan meningkatkan ketersediaan karbonik anhidrase untuk menghasilkan pada tapak pengkarboksilan di dalam kloroplas. Chhipa H. (2019) menyatakan bahawa nanopartikel boleh menggalakkan percambahan biji benih dengan meningkatkan kapasiti penyerapan air biji benih, menggalakkan aktiviti anti-oksidan, mengurangkan hidrogen peroksida dan meningkatkan enzim.
TEKNOLOGI NANO DAN SMART MIKROB DALAM BAJA GOSAWIT.
Teknologi Nano Smart Microb @ Bakteria Baik Yang Ada Di Dalam Baja Sawit GOSAWIT berfungsi untuk menguraikan Zat Makanan Menjadi Satu Bentuk Yang Lebih Mudah Diserap Oleh Akar. Proses penyerapan nutrient kedalam pokok adalah Sepantas 2 Jam Sahaja.
REFERENCES:
- Chhipa, H. (2019). Applications of nanotechnology in agriculture. Nanotechnology, 115–142. doi:10.1016/bs.mim.2019.01.002.
- https://ion2.upm.edu.my/artikel/aplikasi_nanoteknologi_dalam_pertanian-64515
Comments
Post a Comment