PERTANIAN DALAM ISLAM

 Assalamualaikum semua, topik harini Haaziq nak cerita tentang Pertanian dalam Islam. Apakah pertanian dituntut dalam Agama Islam? Mari Haaziq dedahkan perspektif Pertanian dalam agama Islam.



    Tahukah semua, terdapat 551 ayat bersamaan 8.8% dari keseluruhan ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan bidang pertanian. Allah SWT sebagai Tuhan Pencipta dan Pentadbir secara tidak langsung memerintahkan penghuni bumi (manusia) agar memakmurkan atau memajukan bumi ini, antara lain ialah dengan kegiatan pertanian. Jika diperhatikan dalam Islam, terdapat banyak ayat mengenai hasil tanaman dan buah buahan yang pelbagai. Ini secara tidak langsung menunjukkan kepentingan bidang pertanian pada perspektif Islam sebagai salah satu sumber rezeki dan sara hidup dalam kehidupan. Bagi umat Islam, bidang pertanian adalah antara cara mudah bagi mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah SWT selain menerima manfaat atau pendapatan halal daripada hasil jualan keluaran pertanian.

    Memetik ulasan dari Dr.  Isa Abduh (2009) dalam bukunya “aIAmwal fi al-Islam” menulis: “Pertanian merupakan kerjaya yang diperintahkan dalam Islam mampu mengeluarkan produk makanan dari segi rohani, fizikal seterusnya zakat dan sedekah. Pertanian juga merupakan kerjaya yang memenuhi keperluan ekonomi dan masyarakat mampu mengeluarkan bahan keperluan sayur- sayuran dan berupa bahan-bahan makanan, pakaian. Manakala dari segi kemasyarakatan ianya berguna kepada seluruh manusia dan binatang”. 


DALIL AL-QURAN

    Di dalam Islam, pertanian merupakan salah satu daripada pekerjaan yang mulia dan amat digalakkan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Banyak ayat al-Qur’an yang menyebut tentang hasil tanaman dan buah-buahan yang pelbagai. Dari segi akidah pula, bidang pertanian dapat mendekat diri seseorang hamba kepada Allah SWT. Ini kerana tanda kebesaran Allah SWT dapat dilihat dengah jelas dalam proses kejadian tumbuhtumbuhan dan tanaman (al- Qurtubi t.th; Ibn Kathir 1966; al-Mashdah t.th; Za c tari 1996). Firman Allah SWT (al-Qur’an, al-An’am 6: 99): Maksudnya : “Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayangmayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan kami) bagi orang-orang yang beriman”.


DALIL HADIS

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: 

Maksudnya: “Seandainya berlaku kiamat, sedang di tangan seseorang kamu terdapat suatu benih tamar, maka dia berdaya untuk bangun sehingga dapat menanamnya (lagi), maka hendaklah dia menanamnya, maka dia (masih) memperoleh ganjarannya dengan kesempatan itu”. (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Bab Fadl al-Zara c i Iza Ukila Minhu, No. Hadith 479). 

Menurut riwayat lain: 

Maksudnya: “Seandainya berlaku kiamat, sedang di tangan seseorang kamu ada suatu benih tamar, maka tanamlah”. (al-Bukhari, Sahih alBukhari, Bab Ihya’ al-Mawat wa al-Syurb, No. Hadith 2203).

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda lebih lanjut: 

Maksudnya: “Siapa menghidupkan sekeping tanah yang terbiar kering tiada pemiliknya, maka tanah itu menjadi kepunyaannya dan tidaklah orang yang menzalimi terhadapnya dengan mengaku haknya tanpa usaha”. (al-Shafic i, Musnad Imam al-Shafic i, Bab Ihya’ al-Mawat, No. Hadith 1497)


KESIMPULAN

    Secara kesimpulannya, pertanian dalam Islam adalah pertanian yang tidak ada kemudaratan, mencegah segala pembaziran, mengutama yang penting dalam agama, mengelak segala penyelewengan dan kemusnahan alam sekitar dan pelestarian alam sekitar. Jadi, pertanian adalah sesuatu perbuatan mulia dan berguna bukan untuk alam sekitar, tetapi untuk masyarakat dan sosial. 


RUJUKAN

1. Abu Yusuf, Ya c kub Ibn Ismail. 1382H. Kitab al-Kharaj. Cet. 2. Kaherah: al-Matba c ah al- Salafiyyah. 

2. Al-Bukhari, Abu cAbd Allah Muhammad bin Ismail. t.th. Sahih al-Bukhari. Jil. 6. t.tp: t.pt. Muhammad cAbdul Mun c im Jammal. 1992. Ensiklopedia Ekonomi Islam. Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Comments