Assalamualaikum guys. kembali lagi bersama saya untuk sama-sama kita belajar dan meneroka sebanyak mungkin ilmu khususnya ilmu pertanian. okay harini Haziq nak kongsi tips dan cara untuk mengawal penyakit pada pokok Kelapa sawit. dalam posting haziq sebelum ini, haziq ada kongsikan 3 jenis penyakit yang merbahaya kepada kelapa sawit dan In Shaa Allah, pada posting kali ini haziq akan ceritakan dan kongsikan tips kawalan penyakit-penyakit yang menyerang kelapa sawit. Info kalini, Alhamdulillah haziq dapat dari sharing slide daripada pihak berkuasa kemajuan pekebun kecil perusahaan getah. Jadi jomm..
- Penyakit Jembala (Crown Disease)
Untuk mengelakkan merebaknya penyakit ini, bahagian yang dijangkiti hendaklah dipotong dan diikuti dengan semburan 0.1% Thiabendazol.
- Reput pucuk (But Rot – Spear Rot)
Pengawalan yang dilakukan adalah dengan mencabut pucuk-pucuk yang mati dan sembur bahagian tersebut dengan campuran racun kulai atau racun bacteria seperti Thiram dan Streptomycin. Selain itu, untuk merawat penyakit ini dari menjadi lebih serius, baja yang digunakan hendaklah mengandungi asid phosphoric, potassium hydroxide dan potassium citrate samada melalui suntikan ke batang pokok atau melalui serapan akar. Baja GoSawit mengandungi kandungan Nitrogen, Phosphorus dan Kalium yang mana ia mencukupi untuk mencegah serta mengurangkan penyakit Reput Pucuk.
- Reput Batang Bahagian Atas (Upper Stem Rot)
Penyakit ini boleh dikawal dengan memotong bahagian yang diserang dan sapu cat pelindung pada bahagian tersebut. Pokok yang mati hendaklah dimusnahkan dengan cara membakar.
- Reput Tandan Buah (Marasmius)
Penyakit reput tandan buah boleh dikawal dengan cara memusnahkan semua tandan yang diserang. Jika hanya sebahagian sahaja yang diserang, semburan racun kulat adalah disyorkan. Langkah pencegahan boleh dilakukan dengan cara membuang semua tandan buah muda supaya kulat tidak merebak dan menjadikan tandan-tandan berkenaan busuk.
- Reput Pangkal Batang (Basal Stem Rot)
Penyakit ini belum ada satu kawalan yang baik. Bagaimanapun penyakit seumpama ini dapat dielak dengan menjaga kebersihan ladang dengan baik. Pokok yang kena serangan perlu dimusnahkan.
Comments
Post a Comment